Iblis dan Syaitan akan sentiasa
mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya
dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling
dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.
Syaitan mengganggu manusia sewaktu
sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith
Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung
dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”
Rombongan 1
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.
Maka disebabkan orang yang di dalam
sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada
barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan
itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati
yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan
munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.

Maka seketika itu juga akan putuslah
nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan
mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik
dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).

Jika dia minat dengan dengan ayam
sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan
orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu
dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam
golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati
Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,

berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku
inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan
berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang
kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami
masuk ke dalam syurga.”
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu
dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka
matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan
terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali.

Lalu datanglah pula Syaitan yang
menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk
memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu
bagaimana hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku
ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali
dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu
lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui
Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Ketika itu orang yang dalam sakaratul
maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya
sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga
palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang
sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul
maut itu bertanya kepada ulamak palsu:
“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “
Apabila tirai dibuka selapis demi
selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul
maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah
lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul maut:
“Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda
ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan
kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.
Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai
makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi
sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi
sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut
pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam
keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala
amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan
mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu
berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita
mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa
Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan
Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang
dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang
bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang
hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”
0 comments:
Post a Comment