Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Tapi Di Kaabah (Bukti Fakta Ilmiah)
Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim 
merindukan berkunjung dan menjadi tetamu – tetamu Allah sang maha 
pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari 
mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.
Istilah Ka’bah adalah bahasa al quran 
dari kata “ka’bu” yg bererti “mata kaki” atau tempat kaki berputar 
bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah 
itu dg “Ka’bain” yg bererti ‘dua mata kaki’ dan ayat 5/95-96 mengandungi
 istilah ‘ka’bah’ yang ertinya nyata “mata bumi” atau “sumbu bumi” atau 
kutub pusingan utara bumi.
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa 
kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti 
melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Ketika Neil Amstrong untuk pertama 
kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet
 Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang 
sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”
Para astronot telah menemukan bahawa 
planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka 
mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website 
tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi di sebalik 
penghapusan website tersebut.
Setelah melakukan kajian lebih lanjut, 
ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari 
Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite 
(tidak berujung), hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil foto planet
 Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.
Para penyelidik Muslim mempercayai 
bahawa radiasi ini mempunyai ciri-ciri dan menghubungkan antara Kaabah 
di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Makkah Pusat Bumi
 
Prof. Hussain Kamel mencari suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah
 pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah 
kiblat di kota-kota besar di dunia.
Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis
 di atas peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan saksama kedudukan 
ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk 
menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis 
bujur dan garis lintang.
Setelah dua tahun dari pekerjaan yang 
sukar dan berat itu, ia dibantu oleh program-program komputer untuk 
menentukan jarak-jarak yang benar dan variasi-variasi yang berbeza, dan 
banyak hal lainnya. Ia kagum dengan apa yang ditemui, bahawa Makkah 
merupakan pusat bumi.
Ia menyedari kemungkinan menggambar 
suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar 
lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada masa yang sama, ia 
bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah 
al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978).
Gambar-gambar Satelit, yang muncul 
kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika 
kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan 
bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.
 
  
   
Telah menjadi teori yang mapan secara 
ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi 
yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. 
Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah 
menunjuk ke Makkah.
Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk 
tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah 
adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam 
banyak majalah sains di Barat.
Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut:
‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu 
Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul 
Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..’ 
(Asy-Syura: 7)
Kata ‘Ummul Qura’ berarti induk bagi 
kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan 
Makkah adalah
 pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di 
sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang 
penting di dalam kultur Islam.
Sebagaimana seorang ibu adalah sumber 
dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri 
lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata 
‘ibu’ memberi 
Makkah keunggulan di atas semua kota lain.
Makkah atau Greenwich
 
Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Makkah berada tengah-tengah 
bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar 
geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota 
Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu 
dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad
 yang lalu.
Ada banyak perbalahan ilmiah untuk 
membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang 
melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain. 
GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di 
bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah 
bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.
Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit
Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang
 menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, ‘Hai golongan jin dan manusia, 
jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka 
lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ 
(Ar-Rahman: 33)
Kata aqthar adalah bentuk jamak dari 
kata ‘qutr’ yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang 
mempunyai banyak diameter.
Dari ayat ini dan dari beberapa hadis 
dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas 
diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah
 bumi, maka itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah 
lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang mengatakan 
bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka’bah berada itu ada di 
tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh 
lapisan yang membentuk bumi)








 
 


0 comments:
Post a Comment