Mengapakah Semut Berhenti Apabila Bertemu Semut Yang Lain? | Islam itu Suci
Jika kita perasan, semut merupakan 
serangga yang sering bergerak dalam satu barisan yang panjang. Ada 
kalanya, jika seekor semut itu bergerak secara solo, dan bertembung pula
 dengan semut yang lain, kita akan dapat melihat mereka akan berhenti 
untuk beberapa ketika. Namun mengapa ini terjadi?
Adakah mereka sedang menyapa di antara satu sama lain. Sebab Semut Berhenti Apabila Bertemu Semut Yang Lain
C. Schneirla, seorang penyelidik di New
 York University, pernah mengadakan percubaan dengan semut dimana ia 
mengambil seekor semut lalu diletakkan dalam tempat yang berisi makanan.
Dan kemudian semut lain diletakkan dalam
 tempat yang berisi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut
 ini diamati terutama ketika bertemu dengan semut lain dalam 
perjalanannya.
Dari penyelidikan itu, Schneirla 
menyimpulkan bahawa zat kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari
 musuh semut akan melekat pada semut itu. Ketika bertemu dengan semut 
lain, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan). Sebab Semut Berhenti 
Apabila Bertemu Semut Yang Lain
Maka, dengan saling menyapa inilah zat 
kimia dari semut tersebut akan memberi tau rakannya (melalui antena di 
kepala semut) apakah di lingkungan sekitarnya ada makanan atau ada 
musuh.


 
 


0 comments:
Post a Comment